fbpx

Pesawat supersonik berkuasa nuklear kurangkan tempoh penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLASH FALCON merupakan konsep pesawat terbaharu rekaan Vinals. – Oscar Vinals

MADRID – Seorang pereka dari Sepanyol memperkenalkan konsep pesawat supersonik komersial yang dikuasakan oleh tenaga nuklear bagi memendekkan tempoh perjalanan jarak jauh, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Oscar Vinals, mendedahkan rekaan pesawat Flash Falcon yang disasarkan untuk mula terbang secara komersial menjelang dekad akan datang.

Pesawat dua tingkat itu dijangka dapat membawa sehingga 250 penumpang pada kelajuan sehingga 3,701 kilometer sejam dan pada ketinggian 18,288 meter di udara.

Kelajuan sedemikian dikatakan mampu mengurangkan tempoh penerbangan dari London ke Australia kepada hanya empat jam.

Kali terakhir penumpang menikmati penerbangan supersonik komersial adalah pada 2003 sejak operasi pesawat Concorde dihentikan selepas 27 tahun dalam perkhidmatan.

Konsep Flash Falcon yang dihasilkan oleh Vinals mendedahkan keselesaan, kepantasan dan kecekapan pesawat supersonik generasi akan datang.

Beliau percaya pesawat itu boleh diterbangkan menjelang 2030 selain berharap agar kemajuan dalam teknologi mampu menjadikan ia mampu milik, senyap dan bersih dari segi persekitaran.

Walaupun rekaan itu baru sahaja berada pada peringkat hipotesis, Vinals berharap ia mampu memperkenalkan konsep yang realistik untuk pesawat berkelajuan tinggi dalam masa terdekat.

“Saya percaya bahawa dalam masa terdekat, penerbangan supersonik akan kembali tetapi dengan teknologi dan kemajuan dari abad ke-21,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI