fbpx

Penduduk Benus dan Chegar Medang buat persediaan selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARAH (berdiri, lima kiri) melihat penduduk kampung melakukan pemetaan menyelamatkan diri dalam bengkel yang diadakan bersama Mercy Malaysia di perkarangan Surau Benus di Bentong.

BENTONG – Tidak mahu hanya tunggu dan lihat banjir melanda menyaksikan Kampung Benus dan Chegar Medang di sini menjadi kampung pertama di negara ini mengadakan persediaan intensif bagi berhadapan bencana banjir melibatkan penduduk kampung.

Persediaan melibatkan penduduk kampung atas inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Benus dan Chegar Medang itu dilakukan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir selepas kawasan kampung itu dikenalpasti sebagai ‘hotspot’ baharu banjir di negeri ini.

Pengerusi JPKK Benus dan Chegar Medang, Zaharah Ismail berkata, mengambil iktibar kejadian banjir yang tidak pernah dijangka menenggelamkan kampung itu tahun lalu membuatkan pihaknya mengadakan persediaan awal.

Katanya, pada peringkat awal pihaknya mengadakan bengkel bersama Mercy Malaysia sebelum bengkel bersama agensi-agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diadakan.

Selain itu katanya, pihak JPKK yang telah menubuhkan pasukan sukarelawan bantuan menyelamat banjir, Benus-Res-Q juga akan menganjurkan latihan menyelamat oleh pasukan berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Persediaan penduduk sendiri penting memandangkan kejadian banjir berkemungkinan akan berlaku di kawasan itu sekiranya hujan lebat dan kawasan itu telah disenaraikan kawasan ‘hotspot’ oleh pihak berkuasa.

“Program persediaan seperti ini juga dilakukan atas nasihat daripada Penyelaras Dewan Undangan Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak yang meminta JPKK membuat persiapan di akar umbi dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir,”katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan penduduk di sekitar daerah ini bimbang kawasan mereka ‘tenggelam’ buat kali ketiga dalam banjir besar seperti yang berlaku pada Mei lalu dan Disember tahun lalu yang menenggelamkan banyak rumah, merosakkan harta benda dan meragut nyawa.

Mereka yang tinggal di Kampung Chegar Medang dan Benus mendakwa, bukan sahaja belum bermula projek tebatan banjir, malah kawasan sungai juga belum didalamkan dan dibersihkan sepenuhnya serta terdapat longkang masih tersumbat.

Dalam pada Zaharah berkata, pada masa ini pihaknya mengenalpasti terdapat kira-kira 450 buah rumah di kawasan kampung berkenaan yang terjejas akibat banjir pada tahun lalu.

Katanya, bengkel Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti bersama Mercy hari ini amat bermanfaat bagi mendedahkan persiapan dan tindakan awal perlu dilakukan penduduk sekiranya berlaku bencana banjir.

Beliau berkata, antaranya ialah pemetaan tindakan berdasarkan kepada risiko dalam bengkel itu yang dapat memastikan penduduk melakukan tindakan yang cepat dan tepat bagi menyelamatkan diri sekiranya air naik dengan cepat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI