fbpx

Netizen berbalah wanita tidak berhak jual cincin pertunangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut menjual cincin Tiffany pada harga kurang AS$5,000 (RM23,249) daripada harga asal. – Facebook High End

CANBERRA – Seorang wanita di Australia menjadi mangsa kecaman netizen kerana menjual sebentuk cincin pertunangan jenama Tiffany  berharga AS$23,600 (RM109,738) pada nilai hanya AS$18,500 (RM86,024), lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan iklan jualan di sebuah kumpulan perbincangan Facebook bernama High End, wanita tersebut memuat naik gambar cincin berlian 1 karat itu dengan harga jualan kurang AS$5,000 (RM23,249) daripada harga belian.

“Dibandingkan dengan harga semasa cincin Tiffany 1 karat iaitu AS$23,600 (RM109,738), saya ingin menjual cincin ini pada harga AS$18,500 (RM86,024). Keadaannya masih baharu kerana hanya dipakai beberapa kali,” demikian menurut keterangan pada iklan tersebut.

Tambah wanita berkenaan, Tiffany mempunyai jaminan produk seumur hidup bagi barangan kemasnya justeru, pembeli boleh membetulkan saiz cincin pada bila-bila masa tanpa sebarang caj.

“Maaf tiada resit kerana bukan saya yang membelinya. Hanya menerusi pindahan bank (bayaran pembelian),” kata wanita berkenaan.

Iklan tersebut menerima kecaman netizen dengan ramai yang mempersoalkan mengenai tindakan wanita berkenaan yang dikatakan tidak berhak untuk menjual cincin pertunangan.

Ada antara netizen yang berpendapat bahawa sekiranya pertunangan diputuskan oleh wanita itu sendiri, cincin tersebut perlu dipulangkan kepada bekas tunangnya.

“Secara undang-undang, anda tidak boleh menjual cincin ini dan perlu memulangkannya jika tidak jadi berkahwin,” kata seorang pengguna.

“Tidak benar! Ia dianggap sebagai hadiah dan cincin itu adalah milik wanita ini,” kata seorang netizen yang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI