fbpx

Lesti bukan isteri baik, tunai umrah tanpa izin suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH rumah tangga Lesti Kejora dan Rizky Billar kini masih menjadi tumpuan peminat Indonesia.

KEPUTUSAN penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora menunaikan umrah pada Sabtu lalu dilihat sebagai satu tindakan tidak wajar buat seorang isteri memandangkan tidak meminta izin suaminya, Rizky Billar.

Perkara tersebut dicetuskan peguam Rizky, Adek Erfil yang mendakwa Lesti hanya tentang keberangkatannya ke Tanah Suci melalui aplikasi WhatApss tanpa bertemu

“Ya, seharusnya seorang isteri itu datang ke rumah suaminya untuk meminta izin. Adakah diizinkan untuk melaksanakan umrah? Mereka masih suami isteri.

“Ini hanya WhatApps, adakah itu disebut seorang isteri yang baik? Rizky masih sah suaminya” ujarnya.

Penyanyi berhijab itu dilaporkan berangkat menunaikan ibadah umrah pada Sabtu lalu bagi menenangkan dirinya selepas dihimpit kontroversi keganasan rumah tangga.

Awal minggu lalu, pasangan selebriti popular itu mengejutkan industri hiburan Indonesia apabila rumah tangga yang selama ini dianggap bahagia rupa-rupanya tidak seindah digambarkan.

Rizky yang juga seorang pelakon itu didakwa bertindak agresif dengan memukul isterinya termasuk mencekik dan menghempas Lesti ke lantai sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN