fbpx

EPL: Chelsea mula faham falsafah Potter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA mencatat kemenangan selesa 3-0 ketika menewaskan Wolves pada aksi di Stamford Bridge kelmarin. – twitter chelsea

LONDON – Tujuh perubahan yang dilakukan jelas menjadi percaturan berbaloi buat Chelsea apabila berjaya merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stamford Bridge kelmarin.

Ia menjadikan rekod baik buat The Blues dan pengendalinya, Graham Potter yang masih segar dengan kejayaan menewaskan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara juga dengan keputusan sama.

“Sudah pasti ia bukan mudah. Untuk melakukan pemulihan selepas aksi besar pastinya sesuatu yang sukar, namun pemain mempunyai kesungguhan untuk terus berjuang.

“Kredit perlu diberikan kepada pemain yang berjaya melakukan tugas dengan baik. Saya fikir, kami tidak akan dapat kejayaan jika hanya dengan 11 pemain dan saya tidak boleh terus mengerah kudrat mereka sehingga cedera.

“Semua pemain dalam pa­sukan ini sentiasa bersaing di antara satu sama lain dan adalah penting untuk mereka tahu Chelsea tidak hanya bergantung kepada 11 pemain semata-mata.

“Selepas mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, kami kena membuat keputusan untuk menurunkan pemain terbaik kerana kami memiliki skuad yang memiliki kua­liti,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Christian Pulisic, Armando Broja masing-masing sudah merekodkan gol sulung bersama The Blues musim ini diikuti satu lagi jari­ngan daripada Kai Havertz.

Pulisic kembali menemui gol sulung musim ini, manakala Broja pastinya menjadi pemain paling gembira kerana berjaya merekodkan gol sulung bersama skuad senior selepas dinaikkan pangkat daripada akademi pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI