Gambar hiasan

Duit punca wanita dijerut teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Masalah kewangan disyaki menjadi punca seorang wanita dijerut sebelum mayatnya ditinggalkan kekasih­nya, seorang warga asing di sebuah hotel di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9.56 malam, Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur menerima laporan mengenai seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel berkenaan.

Sumber berkata, mangsa berusia 36 tahun mendaftar ma­suk bersama teman lelakinya yang merupakan warga India berusia 27 tahun pada pukul 8 malam sebelum dijadualkan mendaftar keluar dua jam kemudian.

“Bagaimanapun, lelaki itu keluar lebih awal pada pukul 9 malam sebelum pekerja hotel membuat pemeriksaan di bilik berkenaan dan menemui mangsa dengan kesan darah di hidung serta tidak sedarkan diri.

“Polis turut menemui bara­ngan peribadi serta telefon bimbit mangsa bersama suspek yang ditahan di sebuah kawasan di Sentul kelmarin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebaik menerima panggilan, polis ­terus ke lokasi kejadian sebelum ­me­nemui wanita terbabit yang lengkap berpakaian dalam kea­daan terbaring di atas lantai sebuah bilik hotel.

“Semakan mendapati, terdapat kesan lilitan akibat dijerut dengan tali pada leher mangsa.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan teman lelaki mangsa, seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun, di sebuah lokasi di Sentul semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya percaya kejadian berlaku berpunca daripada komitmen kewangan antara mangsa dan suspek.

“Sehubungan itu, semakan mendapati salinan dokumen perjalanan suspek sudah tamat tempoh.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 14 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN