fbpx

Que Haidar gementar tunggu Bahalol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHALOL arahan Que Haidar akan menemui penonton menerusi TV Okey malam ini.

KUALA LUMPUR – Duduk di kerusi pengarah buat pertama kali memberikan tekanan berbeza buat pelakon handalan Que Haidar apatah lagi, drama sulung arahannya, Bahalol bakal menemui penonton malam ini.

Biarpun bergelar pelakon berpengalaman, Que atau nama sebenanya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 43, mengakui sangat gementar menanti respons penonton terhadap telefilem yang akan disiarkan menerusi TV Okey tersebut.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan saya, tapi yang pasti saya gementar mengenangkan telefilem pertama akan menemui penonton,” ujar Que yang ditemui Kosmo! Online semalam.

Dalam pada itu kata Que, bekerja sebagai pengarah untuk telefilem Bahalol meskipun mencabar tetapi proses membikin karya tersebut berjalan dengan lancar.

“Memang tidak mudahlah apabila kita yang menjadi ‘kepala’ pembikinan sebuah karya. Tetapi saya seronok dan proses penggambaran berjalan dengan mudah kerana barisan pelakon yang hebat.

“Respons yang diterima daripada pihak stesen juga amat positif. Perkara tersebut yang menambahkan lagi semangat saya untuk mengarah lagi,” kongsi Que.

Telefilem Bahalol yang disiarkan sempena sambutan Maulidur Rasul dibintangi oleh Wan Azli, Liza Othman, Sobri Anuar, Shazman Isaac dan Sani Sudin

Bahalol yang akan disiarkan pukul 9.30 malam ini menerusi TV Okey merupakan sebuah karya arahan Que Haidar bersama Zainor Hisyam.

Dalam pada itu, Que juga sempat ditanya mengenai perubahan tubuhnya yang semakin susut.

Ditebak mungkinkah perubahan tersebut adalah persediaan untuknya memasuki set penggambaran baharu, Que hanya tersenyum.

“Insya-Allah jika saya rasa hendak berlakon dan bersetuju dengan karya yang ditawarkan. Buat masa ini belum lagi jika ada saya akan hebahkan pada peminat.

“Cuma saya mohon sokonglah saya dengan menonton telefilem Bahalol,” kata Que.

Bahalol mengisahkan seorang pemuda autism berumur 40-an bernama Bilal lakonan Sobri Anuar yang hidup bersama ibunya Rokiah (Liza Othman). Rokiah menjalankan tugas seorang ibu dengan sebaik-baiknya agar suatu hari nanti, Bilal dapat hidup berdikari seperti individu normal yang lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI