fbpx

Lelaki ditahan ugut peniaga miliki pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. A. Anbalagan pada sidang akhbar di IPD Daerah Serdang, hari ini.

SERDANG – Dengan bermodalkan sepucuk pistol, seorang lelaki didakwa bertindak memeras ugut peniaga yang memiliki pekerja warga asing.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan dalam satu tangkapan di sekitar kawasan sini, semalam selepas mangsa yang juga pemilik kedai kenderaan terpakai di kawasan Seri Kembangan membuat laporan menerima pesanan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp daripada orang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, ugutan terhadap ahli perniagaan itu diterima pada 23 September lalu.

“Ugutan itu dihantar bersama gambar pistol kepada rakan mangsa dan susulan itu, mangsa berasa terancam lalu tampil membuat laporan polis semalam.

“Hasil risikan pihak polis, seorang suspek berjaya ditangkap disyaki terlibat dalam kes ini. Suspek berusia 42 tahun, berasal dari Kajang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Serdang, di sini hari ini.

Hasil siasatan mendapati, sepucuk pistol separuh automatik buatan Turkiye bersama kelopak pistol hitam berisi lapan peluru hidup milik suspek dirampas.

Ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis syabu.

Menurut A.A Abalagan, tangkapan dan rampasan telah dilakukan di Serdang dan Kajang, di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

“Modus operandi suspek adalah membuat ugutan terhadap mangsa yang menjalankan perniagaan. Sebagai contoh pengusaha restoran yang menggaji warga asing.

“Suspek juga mempunyai 10 rekod lampau termasuk satu rekod dikehendaki,” katanya.

Susulan itu, pihak polis menyarankan orang awam sekiranya mempunyai maklumat atau terkesan dengan mana-mana ugutan tampil memberi maklumat kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI