fbpx

Kris Dayanti, Noryn Aziz berkongsi pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS Dayanti dan Noryn Aziz akan menghiburkan peminat menerusi penganjuran konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live In Malaysia pada 29 Oktober ini di MIECC, Seri Kembangan.

PETALING JAYA – Buat pertama kali, peminat berpeluang menyaksikan penyatuan dua diva dari Indonesia dan Malaysia di atas satu pentas yang sama menerusi penganjuran konsert, Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live In Malaysia.

Akan berlangsung pada 29 Oktober ini, konsert berkenaan menampilkan dua diva yang sama hebat iaitu Kris Dayanti dan Noryn Aziz berkongsi pentas di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan.

Penganjuran konsert tersebut juga menyaksikan ini kemunculan terkini Kris di negara ini selepas lima tahun tidak bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya.

Konsert yang dibawakan oleh ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) tersebut bakal menjanjikan sebuah persembahan terbaik daripada dua diva itu.

“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Kris merupakan diva di Indonesia, manakala Noryn pula diva kesayangan ramai di Malaysia.

“Kami percaya kolaborasi dua diva ini akan menggegarkan pentas dan pastinya ada kejutan yang akan diberikan kepada peminat nanti,” ujar wakil kedua-dua syarikat tersebut, Belvas Lee.

Menerusi persembahan tersebut, kedua-dua penyanyi hebat itu akan menyampaikan lagu-lagu hit mereka, tidak lain tidak bukan, Menghitung Hari oleh Kris, manakala Noryn pula Cerita Cinta.

Tiket persembahan berkenaan mula dijual bermula hari ini pukul 3 petang menerusi www.ticket2u.com.my.

Harga tiket dijual bermula serendah RM288 (Cat 4), RM488 (Cat 3), RM788 (Cat 2), RM988 (Cat 1) dan RM1,188 (VIP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI