fbpx

Jessi digelar ‘Beyonce’ K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSI

TIDAk dinafikan rappers wanita sensasi K-pop, Jessi seorang bintang yang cukup hebat.

Bagaimanapun, wanita yang membesar di Amerika Syarikat sebelum berpindah ke Korea Selatan pada usia 15 tahun itu juga sering menjadi buah mulut peminat dunia hiburan kerana penampilan seksinya.

Baru-baru ini, Jessi mengadakan konsert solo buat pertama kali di Manila, Filipina.

Jessi turut berkongsi momen indah tersebut dalam Instagram buat tatapan peminat.

Apa yang menjadi perhatian, penampilan seksinya mengenakan pakaian ketat dengan stoking kaki jaring dianggap sesuatu yang menikam ke mata peminat.

Bermula dari situ juga, netizen menggelar Jessi sebagai ‘Beyonce’ Korea kerana personaliti mereka yang hampir sama.

“Dia macam ‘Beyonce’ Korea. Personalitinya memang sama!,” tulis pengikut.

Sebelum ini, kecoh dalam media sosial selepas Jessi memilih untuk tidak menyambung kontraknya bersama P Nation dan sepertinya lebih selesa bergerak tanpa agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI