fbpx

Bajet 2023: RM305 juta untuk bantu anak muda berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bagi menggalakkan lebih ramai anak muda berniaga, sejumlah RM305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antaranya, Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana RM50 juta akan menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 untuk 10,000 anak muda menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan food truck.

“Bagi membantu kumpulan B40 khususnya belia menjanapendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing pula, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV,” katanya semasa pembentangan Bajet 2023 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI