fbpx

UCL: Pemain Inter hadiahkan kemenangan buat Inzaghi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALHANOGLU muncul wira Inter apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Barcelona awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Wira Inter Milan, Hakan Calhanoglu mendedikasikan kemenangan 1-0 ke atas Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara di San Siro awal pagi semalam kepada jurulatihnya, Simone Inzaghi.

Keputusan itu amat penting buat Inzaghi yang kini berdepan pelbagai kritikan gara-gara prestasi hambar dalam kempen Serie A menyaksikan The Nerazzurri jatuh ke tangga kesembilan.

Bekas juara Scudetto dua musim lalu itu sekadar mencatat empat kemenangan dan empat kekalahan daripada lapan aksi Serie A sekali gus ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Napoli.

“Kami semua berada di belakang jurulatih (Inzaghi). Perkara pertama kami mahu lakukan adalah memenangi perlawanan hari ini.

“Beliau sentiasa memerlukan pertolongan kami sebagai pemain. Saya amat gembira kerana satu pasukan berjuang bermati-matian untuk menghadiahkan kemenangan ini buatnya,” kata Calhanoglu.

Bagaimanapun, kemenangan Inter dicemari dengan insiden kontroversi yang menyaksikan gol penyamaan Barcelona dibatalkan sebelum pelawat dinafikan sepakan penalti pada lewat permainan sehingga menyebabkan jurulatih The Catalans, Xavi begitu berang.

Bagi Inzaghi, beliau lebih gemar mengulas mengenai persembahan positif daripada anak-anak buahnya untuk kembali ke landasan kemenangan selepas tewas dua perlawanan terakhir berturut-turut.

“Ia memberikan keyakinan kepada kami. Saya melihat banyak perubahan dalam perlawanan ini berbanding minggu lalu walaupun masih ada lagi beberapa kelemahan ditunjukkan,” jelas­nya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI