fbpx

Koleksi memorabilia Pokemon terbesar dunia bakal dilelong RM1.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLEKSI itu mempunyai lebih 20,000 item berasingan. – Hansons Auctioneers

LONDON – Koleksi memorabilia Pokemon terbesar di dunia yang dikumpul oleh seorang peminat selama 25 tahun dijangka mampu dilelong pada harga sehingga £300,000 (RM1.6 juta) dalam satu acara lelongan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Seorang wanita dari Hertfordshire, England telah mengumpul lebih 20,000 barangan Pokemon yang turut mencatatkan rekod dunia.

Firma lelongan yang berpangkalan di Derbyshire, Hansons Auctioneers, percaya bahawa koleksi itu boleh dibida pada harga sehingga £300,000 (RM1.6 juta) pada 18 Oktober ini.

Koleksi tersebut terdiri daripada kad dagangan, permainan video, komik manga, filem, poster, mainan, watak aksi, buku dan tisu tandas yang dikeluarkan di Britain, Amerika Syarikat, Perancis serta Jepun.

Selepas dua dekad barangan itu dikumpulkan, pemiliknya memutuskan untuk menjualnya atas alasan kewangan walaupun akan menyimpan beberapa item yang mempunyai nilai sentimental.

Sijil Guinness World Records untuk koleksi itu yang dipamerkan di Muzium Hertford akan disimpan sebagai ‘kenang-kenangan penting’, demikian menurut Hansons Auctioneers.

“Nilai Pokemon telah melonjak di pasaran dalam kalangan pengumpul selama enam tahun. Golongan muda yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an kini sedang membelinya dan harganya semakin meningkat.

“Ini adalah pelaburan yang hebat untuk pengumpul item Pokemon atau mana-mana pelabur yang bijak,” kata Ketua Jabatan Mainan di Hansons Auctioneers, David Wilson-Turner. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI