fbpx

Mat Kilau ditayangkan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratusan penduduk Gaza menghadiri tayangan perdana Filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

PETALING JAYA – Filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini ditayangkan di Gaza sempena Pameran ‘A Story Behind A Photo’ yang dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Tayangan Perdana filem tersebut diadakan menerusi penstriman Netflix di Inkubator Perniagaan Malaysia, Gaza yang dihadiri ratusan penduduk tempatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, filem itu ditayangkan kerana sejarah Palestin dan Malaysia adalah tidak jauh beza yang mana kedua-duanya pernah dijajah pihak British.

“Sejarah kedua-dua negara Palestin dan Malaysia hampir sama berikutan pernah dijajah serta ditipu dengan alasan membawa kemajuan termasuk dilawan dan dikhianati pembelot.

“Bezanya Malaysia telah merdeka, dan Palestin masih memerlukan kita untuk mengecapi apa yang ada di tangan kita,” katanya ringkas.

Turut ditayangkan dalam sesi tersebut ialah filem Paskal.

Sebelum ini, filem Mat Kilau yang ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan pawagam sebanyak lebih RM100 juta.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asari dan Datuk Rahim Razali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI