fbpx

Lelaki tular curi tong gas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi tular pencuri tong gas memanjat pagar rumah mangsa di kawasan perumahan Taman Rakan Batu 11, di sini hari ini.

KAJANG – Aksi seorang lelaki tempatan mencuri tong gas di sebuah kediaman yang tular di media sosial akhirnya ditahan di kawasan perumahan Taman Rakan Batu 11, di sini hari ini.

Klip video yang tular di TikTok itu menunjukkan suspek memanjat pagar rumah mangsa dan mencuri sebuah tong gas sebelum melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda Wave berwarna biru.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian , mangsa yang bersendirian di rumah telah merakam kejadian tersebut dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Berikutan, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama bersama barang yang dicuri.

“Semakan mendapati, suspek juga merupakan orang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis juga berjaya menyelesaikan satu kes kecurian motosikal di daerah ini susulan penahanan lelaki terbabit.

“Kita juga dapati motosikal yang digunakan suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tambahnya lagi, orang awam atau individu-individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut memaklumkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI