fbpx

Fokus skuad Harimau Muda tidak terjejas di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain skuad B-17 kebangsaan kekal menumpukan perhatian pada baki perlawanan kelayakan Piala Asia B-17 2023 yang berlangsung di Indonesia hari ini.

FOKUS skuad bawah 17 tahun (B-17) negara tidak terjejas dengan apa yang berlaku di luar padang, sebaliknya kekal menumpukan perhatian pada baki perlawanan kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Indonesia hari ini.

Perkara itu dijelaskan oleh pengendali skuad B-17 kebangsaan, Osmera Omaro yang percaya anak-anak buahnya sudah bersedia untuk melakar kemenangan kedua apabila bertemu Guam di Stadium Pakansari, Bogor hari ini.

“Sudah tentu apa yang berlaku di Indonesia membuatkan pasukan agak sedih dari segi emosi, tetapi saya lihat ia tidak merencatkan mentaliti pemain yang fokus dengan misi pasukan.

“Secara fizikal juga barisan pemain saya sudah berada pada tahap terbaik untuk bertemu Guam tanpa ada pemain yang mengalami kecederaan.

“Secara keseluruhan, saya berharap pasukan tidak memandang rendah dengan keupayaan pasukan lawan. Saya akan membariskan kesebelasan terbaik kerana kita memburu tiga mata berharga,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, arena bola sepak antarabangsa dikejutkan dengan insiden di Stadium Kanjuruhan, Malang yang menyaksikan 125 orang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Situasi tersebut menyaksikan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) selaku penganjur ‘mengharamkan’ kehadiran penonton dengan baki saingan kelayakan Kumpulan B kali ini.

Juara peringkat kumpulan akan meraih slot automatik ke kejohanan belia berprestij itu tahun depan disusuli lima naib juara terbaik.

Sementara itu, satu lagi slot diberikan kepada tuan rumah yang masih bakal diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas Bahrain mengambil keputusan untuk menarik diri selaku penganjur tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI