fbpx

400 laman sesawang ‘haram’ disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat oleh kerajaan sehingga Ogos lalu dalam usaha menangani eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kementeriannya turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan bagi membendung jenayah tersebut. 

“Kementerian bekerjasama rapat dengan PDRM khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11). Kita juga mengadakan forum melalui program-program media untuk memberi kesedaran terhadap kanak-kanak. 

“(Bagaimanapun) kalau ditanya (kementerian) telah berpuas hati (dengan segala langkah telah diambil), kita belum puas hati selagi perkara ini tidak dapat dibanteras,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) sama ada KPWKM telah berpuas hati dalam pencapaiannya menangani eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI