fbpx
Trafik perlahan dan sesak di Jalan Tunku Abdul Halim di Terowong Hantu ekoran dinaiki air.

Trafik sesak di ibu negara, 2 laluan dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Aliran trafik di ibu negara hari ini dilaporkan perlahan dan sesak ekoran beberapa laluan dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, pergerakan kenderaan terutama di beberapa laluan di ibu negara adalah perlahan di semua arah.

“Ia melibatkan Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala ke Bulatan Bt Cave yang mana lorong kanan dinaiki air.

“Selain itu, Jalan Tunku Abdul Halim melibatkan Terowong Hantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada halangan dilaporkan setakat pukul 4 petang hari ini.

Tambahnya lagi, pengguna jala raya dinasihatkan supaya elakkan melalui laluan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

POPULAR