fbpx

Rakyat Jepun diarah berlindung daripada bedilan peluru berpandu Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menonton televisyen yang menyiarkan rakaman ujian peluru berpandu Korea Utara di Seoul, hari ini. – AFP

TOKYO – Penduduk Jepun diarah berlindung di bawah tanah atau di dalam bangunan selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu di bahagian pantai timur negara itu, hari ini, lapor akhbar Daily Star.

Roket tersebut dilaporkan terbang melintasi Jepun sebelum jatuh ke Lautan Pasifik, demikian menurut Badan Penyiaran Jepun (NHK).

Pelancaran misil itu disahkan oleh Ketua Staf Bersama Korea Selatan dengan kerajaan Jepun kemudiannya mengeluarkan amaran agar rakyat negara itu mencari tampat perlindungan.

“Maklumat Perlindungan Awam 4 Oktober, 7.27 (waktu tempatan) mengumumkan pelancaran peluru berpandu.

“Peluru berpandu dipercayai telah dilancarkan dari Korea Utara. Sila berlindung di dalam bangunan atau bawah tanah. Misil telah dilancarkan, misil telah dilancarkan. Ia dipercayai dilancarkan dari Korea Utara. Sila berlindung di dalam bangunan atau bawah tanah,” demikian menurut amaran kecemasan yang dimuat naik di Twitter bandar Ishikari, Hokkaido.

Sementara itu, satu hantaran Twitter oleh Kediaman Perdana Menteri (Maklumat Pengurusan Bencana dan Krisis) kemudian mengesahkan pada pukul 7.42 pagi (waktu tempatan) bahawa peluru berpandu tersebut tidak jatuh di bahagian darat Jepun, sebaliknya di Lautan Pasifik.

“Misil telah berlalu. Ia dipercayai jatuh ke Lautan Pasifik sekitar pukul 7.29 pagi (waktu tempatan). Jika anda menemui apa-apa yang mencurigakan, jangan menghampiri dan hubungi polis atau bomba dengan kadar segera. Tarikh dan waktu diterima 7.42, 4 haribulan, kawasan sasaran: Hokkaido, wilayah Aomori,” kata kenyataan tersebut.

Beberapa laporan menyatakan bahawa perkhidmatan kereta api bullet train turut dihentikan ketika berita mengenai pelancaran misil mula tersebar.

Siren juga didengari di negara itu bagi memberi amaran agar orang ramai mencari tempat perlindungan.

Setiausaha Kabinet Jepun menerusi satu taklimat media turut mengesahkan bahawa peluru berpandu itu telah melepasi negara itu sebelum jatuh ke dalam laut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI