fbpx

Polis cari waris lelaki warga Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Kim Chol.- Foto IHSAN PDRM

SEPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengesan waris kepada seorang lelaki warganegara Korea Utara bagi tujuan penyerahan barangan peribadi milik mendiang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Kim Chol, 52, pasport bernombor 8364100070 yang berasal dari Pyongyang, Korea Utara.

Beliau berkata, lelaki berkenaan sudah meninggal dunia dua tahun lalu namun, barangan peribadi milik mendiang masih dalam simpanan polis.

“Hebahan ini dibuat bagi mengesan waris mendiang untuk tujuan pemulangan barangan peribadi termasuk wang tunai.

“Waris mendiang boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Anuar Hanim di talian 016-4258222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, jika tiada tuntutan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh hebahan ini, kesemua barangan itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI