fbpx

Peminat tak boleh terima wajah Xiumin nampak tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XIUMIN

BAGAIKAN sukar menelan realiti bagi sesetengah peminat apabila sekeping foto milik Xiumin menjadi perbalahan.

Semuanya berpunca daripada seorang peminat berasakan wajah anggota EXO itu kelihatan lebih tua berbanding imej comel dan keanak-anakan yang dimilikinya selama ini.

Gambar tersebut menjadi topik perbualan hangat selepas dimuat naik dalam aplikasi Nate, Pann.

“Bila Xiumin jadi tua sebegini? Saya tak tangkap gambar ini, tapi ini thumbnail. Saya terkejut selepas tengok thumbnail ini. Dia kan selalunya comel dan sangat kecil,” tulis peminat.

Ada netizen memberi respons, perkara berkenaan kemungkinan disebabkan warna rambutnya yang dilunturkan.

Terdapat peminat yang menyebelahi penyanyi itu dengan berkata, sudah tentu Xiumin kelihatan matang kerana usianya kini sudah mencecah 32 tahun.

“Dia 32 tahun, sudah tentu dia nampak matang. Itulah penuaan untuk seseorang.

“Lagipun berat badannya turun dan lunturkan warna rambut. Tapi dia tetap nampak kacak,” puji peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI