fbpx

Otot Shah Rukh Khan ‘puaskan’ peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

BINTANG tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan membuatkan peminat tidak senang apabila menayangkan tubuh kekarnya menerusi sebuah foto yang dimuat naik dalam Instagram.

Bintang Dilwale itu dilihat bersandar pada sebuah kerusi dalam keadaan tidak memakai baju dan mempamerkan perutnya yang berotot.

Bagaimanapun, aktor berusia 56 tahun sebenarnya berasa sangat malu untuk berkongsi gambar sebegitu dalam media sosial, lebih-lebih lagi dia kini semakin berusia.

“Malu sebenarnya. Tapi disebabkan kerja, saya terpaksa,” ujarnya.

Perkongsian pelakon filem Mohabbatein turut mendapat komen-komen nakal peminatnya yang mengusik aktor itu dengan kata-kata berseloroh.

“Dada kamu membuatkan saya tidak lena tidur malam,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Orang menatap setiap bahagian tubuhmu yang sangat berharga,” kata seorang lagi netizen.

“Kamu benar-benar memuaskan,” kata seorang lagi peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI