fbpx
GAS pemedih mata dilepaskan oleh polis dalam kalangan orang ramai yang berkerumun di tempat penonton di Stadium Kanjuruhan. - AFP

Kapolri pecat, turunkan pangkat 10 anggota susulan tragedi Stadium Kanjuruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia memecat sekurang-kurangnya 10 anggota dan pegawai polis berhubung insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur pada 1 Oktober lalu, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

“Ketua Polis Indonesia (Kapolri),  Jeneral Listyo Sigit Prabowo memutuskan untuk menamatkan khidmat dan menggantikan Ketua Polis Malang, AKBP Felri Hidayat yang ditukar jawatan kepada Pamen HR Polri (pangkat rendah),” kata Ketua Perhubungan Awam Ketua Polis Negara, Dedi Pratseyo.

Dalam pertukaran tersebut, jawatan Ferli di Malang digantikan oleh AKBP Putu Kholis yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta Utara.

Selain itu, sembilan komander Brimob (Kor Briged Bergerak) dari Polis Jawa Timur turut digantikan kerana disyaki melepaskan gas pemedih mata di dalam stadium.

Insiden itu berlaku apabila petugas keselamatan bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penonton selepas kekecohan tercetus di stadium tersebut pada malam Sabtu lalu.

Tindakan itu mencetuskan situasi panik sehingga menyebabkan orang ramai bersesak-sesak di kawasan pintu keluar masuk yang terhad.

Sehingga kini, pemerintah dan polis merekodkan angka korban akibat tragedi itu sebanyak 125 orang. Kemas kini setakat ini termasuk jumlah kematian menunjukkan seramai 455 orang menjadi mangsa dalam tragedi berkenaan.

Ibu Pejabat Polis Negara bersama Pasukan Inspektorat Khas (Itsus) dan Bahagian Profesion dan Keselamatan (Propam) sedang menyiasat 18 anggota yang turut disyaki bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Selain itu, polis turut menyiasat beberapa saksi dan pegawai berkaitan yang diberi kuasa untuk menganjurkan perlawanan Liga 1 antara Arema FC dan Persebaya. – Agensi

POPULAR