fbpx

Azi syukur, gembira dalam dakapan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZI (kanan) memangku anak saudaranya sebaik tiba di rumah suami di Jalan Kelochor, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Suasana sedih bercampur gembira dilalui sepasang suami isteri warga emas apabila impian mereka untuk bertemu kembali dengan anak perempuan dikenali sebagai Azi, 36, akhir­nya menjadi kenyataan.

Azi yang juga ejen jualan kos­metik sebelum ini dibawa lari ke Thailand dari rumahnya di Tumpat pada 13 September, namun berjaya diselamatkan dan kembali ke pangkuan keluarga di Jalan Kelochor di sini semalam.

Wanita itu tiba di rumah suaminya kira-kira pukul 2.50 petang diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Sebaik tiba, Azi dilihat terus menangis sambil memeluk bapa­nya, Mohd. Naim Awang, 70, dan ibunya, Zahasnah Mohd. Zain, 61.

Wanita itu yang lengkap memakai tudung berwarna merah jambu, baju lengan panjang berwarna biru gelap dan seluar hitam kelihatan berada dalam keadaan sihat.

Muhamad Zaki ketika ditemui wartawan di Kota Bharu semalam.

Menurut Muhamad Zaki, mang­sa tiba di Kota Bharu awal pagi semalam untuk pulang ke rumah keluarga suami.

Katanya, wanita itu kini berada dalam keadaan baik, namun mengalami tekanan emosi ke­rana dibawa lari dalam tempoh yang lama.

“Apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mangsa dan kita berjaya membawa pulang wanita itu ke pangkuan keluarga­nya.

“Polis sudah berusaha keras untuk membawa mangsa pulang. Keselamatan wanita itu merupakan aspek penting dan dia sudah berada di pangkuan keluarga­nya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Berita berkaitan: Azi bebas tanpa wang tebusan

Berita berkaitan: Azi selamat, kini berada di Kuala Lumpur

Menurut Muhamad Zaki, buat masa ini, pihaknya akan membiar­kan mangsa bersama keluarganya terlebih dahulu dan polis tetap menjalankan siasatan bagi memantau perkembangan kes tersebut.

Katanya, kes menyelamat mangsa sudah selesai, namun masih ada kes lain yang boleh disiasat berhubung penculikan wanita itu.

“Kita tidak bercadang untuk meletakkan anggota polis untuk mengawal mangsa dan segala keputusan selepas ini bergantung kepada keadaan,” katanya.

Berita berkaitan: Bapa Azi sudah ada selera makan

Tambahnya, empat daripada tujuh suspek dalam kes itu masih ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Kosmo! pada 1 Oktober lalu melaporkan, operasi berterusan yang dilakukan secara senyap antara polis Malaysia dan Thailand berjaya menyelamatkan seorang ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azi selepas dikurung penculik lebih 14 hari di Thailand sejak 13 Septemberlalu.

Lebih menggembirakan apabila wanita berusia 36 tahun itu yang kini berada di satu lokasi di Kuala Lumpur diselamatkan tanpa membabitkan sebarang pembayaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI