fbpx

Nombor telefon PM Britain dijual RM33 oleh laman web AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Truss dirakam sedang bercakap di telefon bimbit pada 2019. - Getty Iamges

LONDON – Nombor telefon peribadi Perdana Menteri Liz Truss dan 25 lagi anggota Kabinet Britain didakwa boleh diperoleh di sebuah laman web Amerika Syarikat (AS) dengan langganan AS$7.25 (RM33.72) seminggu, lapor laman berita RT semalam.

Laman web yang tidak didedahkan itu mendakwa bahawa pihaknya  menyenaraikan lebih daripada 14 bilion fail sulit menerusi data yang dicuri daripada kerajaan.

Selain nombor telefon peribadi hampir keseluruhan menteri Kabinet Britain, laman web itu dilaporkan turut menawarkan alamat e-mel, kata laluan dan maklumat peribadi mereka yang lain.

“Kerajaan ambil maklum mengenai kewujudan laman web berpangkalan di AS yang mengumpul butiran peribadi petugas kerajaan tetapi dikutip daripada data lama dan oleh itu kebanyakan data di laman web ini adalah tidak tepat,” kata jurucakap Pejabat Kabinet.

Bagaimanapun, akhbar Sunday Mail yang membuat pendedahan tersebut  mendakwa bahawa ia telah menyemak maklumat di laman web itu dan boleh mengesahkan bahawa nombor telefon menteri, termasuk salah seorang perdana menteri adalah yang terkini.

Sunday Mail memaklumkan bahawa laman web itu didaftarkan di alamat di sebuah lokasi di Las Vegas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI