fbpx

Leonardo, Gigi Hadid hangat bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTOR Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid kini hangat bercinta.

SPEKULASI percintaan pelakon Leonardo DiCaprio bersama model terkenal, Gigi Hadid kini memasuki fasa baharu selepas disahkan sendiri keluarga terdekat pelakon berusia 47 tahun itu.

Menurut laporan Entertainment Tonight, keluarga terdekat DiCaprio memberitahu, kedua-dua bintang ternama itu kini sudah pun bergelar pasangan kekasih selepas masing-masing sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

“Mereka memang sedang bercinta dan berada dalam fasa bahagia,” kata seorang ahli keluarga terdekat DiCaprio.

Keseriusan aktor filem Titanic itu mendekati Hadid semakin terbukti selepas mereka dilihat bermesraan ketika hadir ke Minggu Fesyen New York baru-baru ini.

Selain itu, mereka juga dilihat mesra ketika sama-sama bercuti di Itali sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Milan di sana.

Bagaimanapun, DiCaprio dan Hadid masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan bahawa mereka kini benar-benar sedang dilamun cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI