fbpx

Lelaki dipatuk ketika cium ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alex secara tiba-tiba cuba mencium salah seekor haiwan tersebut pada bahagian mulut. – Daily Star

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dipatuk seekor ular pada bahagian bibir selepas cuba mencium reptilia tersebut ketika menyelamatkannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lelaki itu dikenali sebagai Alex dan ketika kejadian, dia  cuba menyelamatkan dua ekor ular berhampiran sebuah kampung  di Shivamogga, negeri Karnataka.

Dia yang merupakan seorang penyelamat ular menangkap haiwan itu bersama rakannya, Roni, sebelum melepaskan kembali reptilia tersebut ke kawasan hutan berdekatan.

Bagaimanapun, Alex secara tiba-tiba cuba mencium mulut  salah seekor haiwan tersebut,  menyebabkan ular itu mematuk bibir lelaki berkenaan dan mencederakannya.

Dia dibawa ke sebuah hospital daerah di Shivamogga untuk mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

Kedua-dua repitilia itu turut dilepaskan ke dalam hutan, namun punca Alex mencium  seekor ular itu tidak dijelaskan.

Video insiden tersebut menjadi tular di media sosial dengan sebilangan pengguna mendakwa bahawa sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk tempatan bertembung atau dipatuk ular.

“Tiada sesiapa yang pernah mati dipatuk ular di sebuah kampung berhampiran Varanasi di mana ular tedung berkeliaran seperti anjing jalanan,” kata seorang netizen. 

Tidak dinyatakan spesies ular yang mematuk Alex, namun ia  kelihatan seperti ular tedung dan berkemungkinan juga bukan daripada spesies yang sangat berbisa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI