fbpx

Kata nak berubah tapi Scha Elinnea masih seksi!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ Scha Elinnea yang masih seksi menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

SEBELUM ini katanya mahu berubah. Tak nak pakai seksi-seksi lagi. Tapi Diva tengok sama sahaja penampilan pelakon Scha Elinnea, tak ada apa pun yang berubah!

Masih lagi pakai pakaian terdedah sana sini. Siap berbangga tayang tatu yang ada di beberapa bahagian pada anggota badannya.

Sebelum ini pelakon berusia 23 tahun itu pernah mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen apabila berkongsi dirinya memakai bikini.

Paling mencuri tumpuan apabila Scha menayang tatu pada bahagian pinggangnya.

Walaupun mendakwa itu tatu palsu, namun tetaplah juga mendapat perhatian daripada netizen memandangkan Scha sendiri merupakan seorang pelakon beragama Islam.

Bukan apa, sebelum ini Scha pernah menyatakan hasrat berubah ke arah kebaikan. Bahkan dia juga memadam banyak gambar seksi miliknya dalam Instagram.

Sedih bila baca komen-komen netizen apabila ada yang mempersoalkan tentang status agama yang dianuti Scha.

“Dia bukan Islam kan?” soal seorang pengguna Instagram.

“Semoga Scha diberikan hidayah dan taubat kepada-Nya,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Tapi nampaknya netizen masih lagi dihidangkan gambar-gambar mencolok mata pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

DIVA: Nampaknya macam kempunan nak tonton konsert mega Malai Solo Noraniza Idris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI