fbpx

Cerita wajah Bilal tidak pernah ‘basi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH Bilal masih menjadi tanda tanya ramai peminat si cilik itu.

SEKALI lagi Diva hendak bercerita perihal Neelofa dan anak lelakinya Muhammad Bilal.

Sepertinya, gelombang Bilal tidak pernah surut dalam radar berita hiburan tempatan.

Setiap minggu pasti ada sahaja cerita tentang Bilal yang sehingga kini masih belum dapat ditatap wajahnya.

Terbaharu, Neelofa memberitahu wajah anak sulungnya itu akan terdedah kepada umum tidak lama lagi.

Rasa-rasanya jawapan yang diberikan selebriti berniqab itu masih kekal sama seperti yang dia pernah suarakan beberapa bulan lalu.

Tetapi peminat tetap tidak pernah jemu dengan jawapan tersebut dan terus bermain teka-teki tentang wajah Bilal.

Mungkin tidak keterlaluan sekiranya Diva melabel Bilal seperti individu atau si cilik paling ‘dikehendaki’ ketika ini.

Jangan main-main ya, bayi seperti Bilal pun mampu mencetus fenomena luar biasa dalam media sosial. Cuma Diva terfikir, apalah agaknya jadi kalau nanti wajah Bilal didedahkan kepada umum?

Apapun, teruskan bersabar dan nantikan sama-sama wajah anak kecil itu. Jangan berhenti main puzzle ya semua.

DIVA: Padat sungguh jadual hujung minggu sepanjang bulan ini, banyak konsert artis ternama!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI