fbpx

Tiga remaja dicekup buat aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga remaja yang ditahan selepas melakukan aksi berbahaya semasa menunggang motosikal Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam. - Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Tiga remaja ditahan selepas membuat aksi mengangkat tayar depan atau ‘wheelie’ dan menunggang motosikal secara melulu di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini semalam.

Ketiga-tiga remaja terbabit yang berusia 16 tahun itu dicekup kira-kira pukul 6 petang semasa polis menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, anggota polis yang menjalankan operasi melihat sekumpulan remaja menunggang motosikal.

Menurutnya, ketika itu, dua motosikal dengan salah sebuahnya membonceng penumpang bergerak secara beriringan dari arah sebuah pusat peranginan ke Jalan Pantai Cahaya Bulan.

“Kedua-dua motosikal itu telah melakukan aksi berbahaya iaitu ‘wheelie’ dan menunggang secara melulu.

“Dua motosikal itu ditahan dan tiga remaja tersebut menerima lapan saman melibatkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan tidak memakai topi keledar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga remaja negatif dadah dan mereka kini direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI