fbpx
Gambar hiasan.

Kentut tidak berbunyi, selalunya busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tahukah anda, kentut yang berbunyi kuat kebiasaannya jarang berbau, manakala kentut tidak berbunyi selalunya busuk.

Menerusi perkongsian oleh Pengerusi MedTweetMy, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, beliau menjelaskan keadaan yang menjadikan kentut itu jarang berbau dan berbau busuk.

“Kentut yang bunyinya kuat jarang berbau kerana kentut itu mengandungi jumlah gas yang tinggi dan tiada berbau seperti N, O2, H, CO2 serta methane.

“Bagaimanapun, kentut yang tiada bunyi selalunya busuk kerana jumlah gas yang rendah dan mengandungi gas hydrogen sulfide (pencernaan sulfur),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, contoh makanan tinggi kandungan sulfur seperti ayam, telur, ikan dan daging, kacang-kacangan dan biji-bijian, pelbagai jenis bawang, sayuran ‘cruciferous’ (contohnya kubis, brokoli, kubis bunga dan lobak) serta gandum.

“Jadi adakah kita tidak boleh makan makanan tinggi sulfur? Tidak begitu, tiada kesan samping yang buruk jika kentut berbau busuk (secara fisiologi normal).

“Ia hanyalah proses fisiologi yang biasa dan sihat. Sulfur yang mencukupi penting untuk regulasi fungsi tubuh badan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR