fbpx

Fasa kedua BMTKM bermula pertengahan bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kiri) semasa melawat masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Lah, Gua Musang hari ini. - Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kerajaan akan meneruskan fasa kedua Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) bermula pertengahan bulan ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fasa kedua itu melibatkan 110 lokaliti di seluruh negara yang membabitkan penyertaan seramai kira-kira 10,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.

Menurutnya, BMTKM merupakan usaha yang dilakukan oleh membasmi kemiskinan tegar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Bagi BMTKM fasa satu, kerajaan telah memperuntukan sebanyak lebih RM17 juta bagi membantu 1,536 KIR yang melibatkan 70 lokaliti di seluruh negara.

“Peruntukan itu meliputi program permulaan, latihan dan bantuan peralatan untuk memulakan aktiviti perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita di Program Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Lah di sini hari ini.

Mustapa berkata, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk seluruh negara oleh kerajaan di bawah BMTKM bagi tahun ini.

Katanya, BMTKM penting bagi memenuhi sasaran tahun 2025 menghapuskan miskin tegar yang melibatkan 300 lokasi seluruh negara.

“Sudah pasti negeri-negeri mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi, maka bilangan keluarga yang perlu dibantu juga lebih ramai daripada negeri yang rendah.

“Mengikut data, terdapat lebih 130,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara setakat ini. Antara negeri yang tertinggi ialah Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI