fbpx
TANGKAP layar memaparkan sebuah dispender yang dihuni sarang lipas. - Instagram

Rasa air berbeza ketika diminum, wanita temui sarang lipas dalam dispenser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila menemui sarang lipas di dalam dispenser air di rumahnya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @vevilavida.

Wanita itu mengambil air dari sebuah dispenser kerana haus. Menurutnya, rasa air itu sedikit berbeza daripada biasa.

“Tapi rasanya berbeza dengan air botol jenama yang sama,” katanya.

Wanita itu terkejut ketika dia memeriksa dispenser itu apabila mendapati ia menjadi sarang lipas.

Lipas-lipas itu merayap dan ada yang berada di dalam air. Dia kemudian membersihkannya. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya yakin walau sudah menukar dispenser, rasa lipas masih terbayang,” kata seorang netizen.

“Lebih baik sesiapa yang mempunyai dispenser kerap periksa bahagian dalam. Kalau tidak ia menjadi sarang lipas,” kata netizen lain. – Agensi

POPULAR