fbpx

Kerajaan Pulau Pinang diingatkan tidak defensif isu rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang diharapkan agar tidak terlalu ‘defensif’ dan sewajarnya menerima kenyataan berkaitan isu rasuah dalam kalangan penjawat awan di negeri itu secara positif.

Menurut kenyataan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), kerajaan negeri sepatutnya mengatur pelbagai langkah bagi memastikan masalah rasuah dapat dicegah dengan segera daripada terus merebak di negeri itu.

“MCW berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pasti mempunyai asas dan fakta.

“Pelbagai kes yang telah dilaporkan pastinya sedang disiasat dengan teliti dan ada yang telah serta akan dibawa ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam dilaporkan sebanyak 919 aduan diterima SPRM berhubung kesalahan menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang sejak 2019 sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu  sebanyak 312 aduan melibatkan kes menerima suapan manakala salah guna kuasa (147 kes).

Kenyataan itu berkata, rasuah adalah masalah sejagat terutamanya di negeri yang maju kerana peruntukan atau jumlah perbelanjaan yang besar pasti akan membuka ruang serta peluang untuk berlakunya jenayah itu.

“Ekonomi yang berkembang pesat di Pulau Pinang antara faktor penting yang mendorong rasuah semakin membimbangkan di Pulau Pinang,” katanya.

Beritahu kenyataan itu lagi, MCW berharap pihak SPRM meneruskan usaha yang agresif untuk membanteras rasuah di semua negeri demi memastikan masalah itu dikawal terutamanya dalam sektor awam.

“Segelintir penjawat awam kelihatan semakin berani melakukan rasuah akibat ketidakstabilan politik pada masa ini.

“Hakikat bahawa rasuah di Malaysia termasuk di Pulau Pinang adalah seperti kanser yang sedang merebak adalah rahsia umum yang telah diketahui oleh segenap lapisan rakyat.

“Pelbagai kaedah pencegahan kelihatan kurang berkesan kerana ketamakan telah mengatasi prinsip kehidupan yang berintegriti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI