fbpx

Argentina sah lanjut kontrak Scaloni hingga 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCALONI

BUENOS AIRES – Argentina bakal mengharungi misi yang lebih jelas untuk menghadapi cabaran akan datang selepas pengurusnya, Lionel Scaloni sudah pun sah membimbing pa­sukan itu sehingga Piala Dunia 2026.

Scaloni pastinya menjadi individu paling teruja untuk meneruskan prospek dua kitaran Piala Dunia dan kualitinya pasti akan menjadi tumpuan pada penampilan di Qatar hujung tahun ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Chiqui Tapia berkata, keputusan badan induk itu menjadi sebahagian daripada ganjaran buat jurulatih itu yang mampu mengetuai Argentina meraih keputusan baik selepas mengambil alih tugas Jorge Sampaoli.

“Saya begitu teruja dan bersyukur. Saya mahu teruskan momentum ini kerana saya percaya tiada siapa pun yang tidak mahu melakukannya bersama skuad kebangsaan Argentina.

“Saya memiliki hubungan baik dengan presiden dan segala-galanya berada di landasan yang betul. Walaupun kami gagal mendapatkan keputusan yang dimahukan, pemain sudah berikan segala-galanya yang mereka ada dan kami perlu terus bekerja,” katanya.

Ketika di bawah kendalian Scaloni, Argentina berjaya memenangi Copa America, tahun lalu sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan buat La Albiceleste sejak kali terakhir memenangi pertandingan itu pada 1993.

Dalam aksi persahabatan kali ini juga menyaksikan Argentina sedang berada di landasan terbaik untuk cuba beri saingan di pentas Piala Dunia apabila raih dua kemenangan ke atas Honduras dan Jamaica.

Dua kejayaan itu juga turut melebarkan rekod kemenangan Argentina dan mereka kini sudah pun mengharungi 35 perlawanan tanpa merekodkan sebarang kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI