fbpx

Tanaman bawang di kawasan beris mampu kurangkan kadar import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) melihat hasil tuaian bawang merah di tanah beris di Stesen MARDI Telong, Bachok hari ini. -Foto TOREK SULONG

BACHOK – Tanaman bawang merah di kawasan tanah beris yang dijalankan menerusi penyelidikan Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) Telong di sini mampu mengurangkan kadar import bahan tersebut ke negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, berkata, pengeluaran bawang merah di kawasan berpasir itu mampu meningkatkan produktiviti kerana tanah tersebut kurang terdedah kepada serangga perosak, penyakit dan kerosakan selepas dituai.

Menurutnya, selain di Telong, kaedah penanaman itu turut dijalankan di stesen MARDI, Serdang dekat Selangor dan ia dilihat mendapat permintaan tinggi ketika ini.

“Negara masih bergantung kepada bekalan bawang import yang tinggi dari China, India dan Pakistan sehingga hari ini. Projek tanaman di kawasan tanah beris di Telong boleh dijadikan sebagai projek rintis di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

“Ia juga merupakan kaedah untuk mengadaptasi varieti bawang merah yang tahan panas sekali gus bersesuaian dengan iklim setempat. Tanaman di tanah beris juga dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran biji benih untuk pelaksanaan ladang berkapasiti tinggi dan berpotensi menjana pendapatan peladang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pakej Mekanisasi Ladang, Baja Fertigasi Tanaman Keledek dan Lawatan Ke Plot Penyelidikan Penanaman Bawang di Stesen MARDI Telong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad, transformasi tanaman bawang merah ke arah industri yang berdaya saing dan mampan akan ditumpukan kepada peningkatan produktiviti tanaman di tanah rendah.

Katanya, kajian saintifik berasaskan pembangunan teknologi itu boleh diguna pakai untuk memperkenalkan tanaman bawang kepada peladang yang berminat kerana ia mendapat permintaan tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI