fbpx

Hampir separuh spesies burung di dunia pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penurunan spesies paling teruk didapati dalam kalangan burung bermigrasi dan burung tanah ladang. - Lim Yaohui

LONDON – Satu laporan terbaharu mendapati bahawa beberapa spesies burung di dunia hampir pupus, manakala tindakan manusia dipersalahkan bagi kemusnahan ekologi tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan bertajuk State of The World’s Birds itu diterbitkan pada setiap empat tahun oleh agensi antarabangsa bukan kerajaan, BirdLife International.

Menurut laporan tersebut, 49 peratus daripada spesies burung di dunia semakin berkurangan manakala satu daripada lapan spesies diancam oleh kepupusan. Selain itu, sekurang-kurangnya 187 spesies burung disahkan atau disyaki pupus sejak tahun 1500.

“Satu daripada lapan burung diancam kepupusan dan status burung di dunia terus merosot. Pelbagai spesies burung bergerak lebih pantas ke arah kepupusan,” jelas laporan itu yang diterbit pada minggu ini.

Laporan itu merujuk kajian dengan berpandukan data daripada Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Di Amerika Utara, laporan BirdLife International mendedahkan bahawa kini hanya terdapat 2.9 bilion ekor burung di rantau itu. Jumlah itu lebih sedikit berbanding tahun 1970 dengan anggaran penurunan spesies sebanyak 29 peratus.

Kesatuan Eropah (EU) pula mengalami penurunan spesies sekitar 600 juta burung, pengurangan sebanyak 18 peratus sejak 1980.

Pakar ekologi menyatakan bahawa kemajuan pertanian memberi tekanan kepada 73 peratus spesies burung di dunia manakala aktiviti pembalakan, pengembangan spesies, eksploitasi sumber semula jadi dan kerosakan iklim adalah ancaman utama lain.

Dalam laporan pada 2018, BirdLife International mendapati sekitar 40 peratus spesies burung di seluruh dunia mengalami penurunan.

“Burung berguna untuk memberitahu kita tentang keadaan Bumi. Apa yang difahami ialah alam semula jadi berada dalam keadaan buruk, banyak spesies semakin berkurangan,” kata ketua saintis di BirdLife International, Dr. Stuart Butchart. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI