fbpx

Bajet 2023: Veteran polis mohon kerajaan bela kebajikan mereka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Persatuan Veteran Polis Malaysia (VPOL) menghantar tujuh permohonan kepada kerajaan agar kebajikan bekas atau pesara polis dapat dibela secara komprehensif.

Permohonan itu dihantar kepada PeJabat Perdana Menteri pada 26 September lalu dengan harapan ia dipertimbangkan semasa pembentangan Bajet 2023.

Presiden Persatuan Kebajikan Veteran Polis Malaysia (VPOL), Datuk Hussin Awang Ngah berkata, jika dilihat secara teliti, kebajikan veteran polis sedikit ketinggalan berbanding veteran tentera yang mempunyai fasiliti yang lebih baik.

“Jadi, kita ingin mohon diwujudkan semula Jabatan Veteran Polis dengan peruntukkan tetap untuk menjaga kebajikan veteran polis dan persatuan-persatuan bekas polis.

“Selain itu, pemberian tetap elaun sara kebajikan sebanyak RM500 sebulan kepada semua veteran polis yang tidak berpencen tanpa mengira tahun perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon agar pemberian geran atau dana secara sama rata kepada semua persatuan yang ditubuhkan oleh bekas polis.

“Kita juga minta perkhidmatan perubatan percuma kepada semua Veteran Polis (tidak berpencen) di semua hospital dan klinik kerajaan.

“Seterusnya, penganugerahan pingat kepada semua veteran polis secara automatik agar semua yang telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk bekas Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) rasa dihargai,” ujarnya.

Tambah beliau, Universiti Polis juga perlu diwujudkan bagi membantu pegawai polis sama ada yang sedang berkhidmat atau yang telah menjadi veteran menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI