fbpx
Tamara Bleszynski

Tamara Bleszynski bingung agamanya dipersoalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON yang juga model jelita seberang, Tamara Bleszynski naik angin selepas terus menerus dipersoalkan netizen tentang agama anutannya.

Aktres berusia 47 tahun itu mengakui, bingung memikirkan keprihatinan netizen biarpun dia tidak pernah berkongsi soal agama kepada umum.

“Saya bingung kenapa netizen mahu mengambil tahu tentang agama saya. Saya berkongsi foto kedua-dua putera saya, namun masih ada netizen yang bertanya tentang agama.

“Tahun 2022 sudah hampir melabuhkan tirainya. Namun masih ada yang berfikiran sempit,” ujarnya.

Sehingga kini status agama Tamara masih menjadi tanda tanya segelintir peminat. Ada yang mendakwa bintang filem Air Terjun Pengantin itu merupakan seorang penganut Hindu.

Namun, ada pula dakwaan mengatakan bahawa Tamara merupakan seorang yang beragama Islam.

POPULAR