fbpx

Sumareh enggan balas kritikan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamadou Sumareh

BINTANG naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh seakan enggan menambah kemarahan peminat negara apabila tidak mahu membuat kenyataan balas berhubung kritikan yang dilontarkan kepadanya.

Usaha pihak media untuk mendapatkan komen daripadanya sejurus tiba bersama Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), sebentar tadi tidak berhasil apabila pemain itu ambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan.

Nama pemain yang cukup dikenali sebagai Keli Boy itu kembali menjadi sebutan peminat bola sepak negara selepas mempamerkan aksi kurang baik ketika diberikan peluang membarisi kesebelasan utama pada perlawanan akhir Piala Raja Thai menentang Tajikistan di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai, semalam.

Menambah kemarahan penyokong apabila Sumareh melakukan terjahan kasar ke atas pemain lawan namun dikatakan bernasib kerana tidak dilayangkan kad merah.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan naib juara apabila tewas 3-0 pada penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa permainan sebenar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI