fbpx

1,186 kes Covid-19, 7 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan kepada 1,186 kes semalam dengan satu kes import berbanding 1,608 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,833,008 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 511 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 24,021 kes.

Sejumlah 1,690 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,772,630 orang.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam dengan 237 kes diikuti Selangor (213), Sabah (125), Perak (110), Negeri Sembilan (90), Kedah (73), Johor (60), Kelantan (59), Pulau Pinang (56) dan Sarawak (49).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes semalam adalah Melaka (47), Terengganu (35), Pahang (17), Perlis (lapan) dan Putrajaya (tujuh),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan tiada meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,357 dan BID kekal 7,731.

Sebanyak 22,874 kes dikuarantin di rumah, satu kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,094 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI