fbpx
Tengku Zafrul (lima dari kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian antara CIMB dengan SJPP dan CGC di Kuala Lumpur semalam.

CIMB meterai kerjasama dengan SJPP, CGC bantu proses pemulihan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) telah memeterai kerjasama dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) untuk menyokong proses pemulihan dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Inisiatif kerjasama tersebut akan melibatkan pembiayaan sehingga RM30 bilion menjelang tahun 2024 dan ia bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan serta skim jaminan yang akan memacu pertumbuhan PKS dalam persekitaran ekonomi semasa yang sedang dalam proses pemulihan.

Komitmen RM30 bilion itu termasuk pembiayaan PKS yang akan dijamin oleh SJPP dan CGC bagi Program Pembiayaan CIMB-CGC, Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) dan Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui kemudahan pembiayaan yang disediakan, kerajaan akan terus menyediakan peruntukan bagi skim jaminan kepada PKS dan membantu mereka  memperoleh akses kepada kemudahan pembiayaan. 

“Sokongan ini telah membolehkan semua PKS, termasuk mereka yang tidak mencukupi cagaran atau tiada rekod prestasi kewangan, untuk mendapat sokongan pembiayaan yang holistik dan pada kadar yang kompetitif.

“Usaha sama ini telah membolehkan PKS terus berdaya tahan untuk bangkit semula dan menyumbang kepada usaha pemulihan senegara, yang telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 8.9 peratus  bagi suku kedua 2022,”  katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk  Abdul Rahman Ahmad menjelaskan, pembiayaan PKS yang diperuntukkan sebanyak RM30 billion akan mengukuhkan lagi usaha bank untuk membantu kumpulan ekonomi penting ini bagi tempoh dua tahun akan datang. 

Tambah beliau, sebelum dilanda pandemik, CIMB telah berjaya mencapai sasarannya untuk menyalur dana pembiayaan sebanyak RM15 bilion kepada PKS bagi tempoh antara 2019 hingga 2020. -KOSMO! ONLINE

POPULAR