fbpx

Tiada kenyataan rasmi mengenai khabar angin penyingkiran Xi Jinping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa hantaran media sosial mencadangkan bahawa Jinping berkemungkinan sedang menjalani kuarantin selepas pulang dari Uzbekistan kerana mematuhi dasar sifar Covid. – AFP

BEIJING – Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Parti Komunis China atau media tempatan bagi mengesahkan khabar angin yang menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping kini berada dalam tempoh tahanan rumah, lapor akhbar Mint hari ini.

Sejak kelmarin, khabar angin mengenai rampasan kuasa di samping video memaparkan kenderaan milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) bergerak ke arah ibu kota negara itu, Beijing, bertebaran di Twitter selain dakwaan menyatakan Jinping kini berada dalam tahanan rumah turut dibincangkan.

“Video kenderaan tentera bergerak ke Beijing muncul sejurus selepas 59 peratus penerbangan di China dihentikan dan beberapa pegawai kanan dipenjarakan. China dalam keadaan tidak stabil,” kata pengarang buku The Coming Collapse of China, Gordon G Chang di laman Twitter.

Sementara itu, beberapa lagi pengguna media sosial mendakwa bahawa Jinping disingkirkan daripada menjadi ketua PLA.

“Khabar angin mendakwa bahawa Xi Jinping berada dalam tahanan rumah selepas pegawai kanan Parti Komunis China menyingkirkan beliau sebagai ketua,” kata seorang netizen.

Selain itu, terdapat juga beberapa laporan yang mendakwa tiada penerbangan komersial beroperasi di Beijing hari ini.

Bagaimanapun, laman berita India Today melaporkan bahawa penerbangan di sekitar ruang udara Beijing berlangsung seperti biasa. Berdasarkan pemantauan di laman web Flight Radar 24, tiada pengurangan dari segi jumlah penerbangan dari Rabu lepas hingga hari ini.

Dalam pada itu, beberapa hantaran media sosial mencadangkan bahawa Jinping berkemungkinan sedang menjalani kuarantin selepas pulang dari Uzbekistan kerana mematuhi dasar sifar Covid yang diamalkan China.

Baru-baru ini, Jinping menghadiri Persidangan Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO) di Uzbekistan, di mana beliau bertemu dengan beberapa ketua negara.

Spekulasi mengenai tahanan Jinping muncul selepas pemerintah China menjatuhi hukuman mati ke atas dua bekas menterinya awal minggu lalu sebagai sebahagian daripada kempen anti rasuah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI