fbpx

Tajuddin sahkan UMNO Pasir Salak mahu beliau bertanding PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan majoriti ahli parti bahagian tersebut mahu beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Tajuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak berkata, perkara berkenaan turut mendapat sokongan majoriti besar ahli-ahli cawangan Bahagian Pasir Salak.

“Pasir Salak 100 peratus sokong saya sebagai Ahli Parlimen dan jawatankuasa bahagian mencalonkan nama saya di mana cawangan-cawangan juga menyokong dengan majoriti besar masih sokong saya menjadi ahli parlimen.

“Saya tidak mahu dikatakan masuk bakul angkat sendiri tetapi anda boleh menilai dengan fakta di mana kelemahan saya sebagai ketua bahagian selama ini,” katanya kepada pemberita ketika sesi beramah mesra bersama media di Hotel Impiana di sini hari ini.

Menurut Tajuddin meskipun beliau digugurkan daripada jawatan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini, ia tidak menghalang ahli UMNO Bahagian Pasir Salak untuk mencalonkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen sepenggal lagi.

“Gugur tidak ada masalah, saya vokal (kuat) sangat dan tidak disenangi dan digugurkan tetapi tiada masalah saya tidak kecewa dan saya masih dengan UMNO kerja keras jaga bahagian saya.

“Jangan lupa semak rekod saya 50 tahun dalam UMNO kerana tidak ramai tahu rekod karier politik saya dan kalau tahu anda akan punya persepsi berbeza.

“Pimpinan saya sebagai ketua bahagian solid tidak berpecah dan ada anda dengar kami berpecah? Tiada sebab kami bersatu dan untuk pengetahuan semua pecalonan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah dan Sungai Manik 100 peratus tiada pertikaian,” katanya.

Tajuddin turut mengesahkan Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Dr. Wan Noorashikin Wan Nordin dicalonkan UMNO bahagian untuk kekal bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah pada PRU -15.

Katanya, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Khairul Azwan Harun juga turut dicalonkan oleh UMNO bahagian untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Manik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI