fbpx
Keadaan pemandu trak pikap yang tersepit dan tidak sedarkan diri di Jalan Taman Awam, di sini awal pagi tadi.

Pemandu maut trak Navara terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas trak pikap jenis Nissan Navara yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Taman Awam di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 1.37 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Lapangan Terbang Miri menuju ke pusat bandar.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sampai di lokasi kejadian, Bomba mendapati seorang mangsa berjaya dibawa keluar oleh orang awam manakala satu lagi tersepit di bahagian duduk hadapan dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan alatan penyelamat namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat selepas kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dijalankan. -KOSMO! ONLINE

POPULAR