fbpx
Tangkap layar video memaparkan pertengkaran antara seorang lelaki dengan jirannya di sebuah perumahan di Kulim.

Berlumuran darah angkara longgok rumput depan rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Seorang lelaki warga emas cedera di kepala selepas bertengkar dengan jirannya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di sini hari ini.

Kejadian itu tular selepas video pertengkaran antara lelaki terbabit dan seorang wanita dipercayai jirannya tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu kelihatan cedera di kepala dengan kesan darah.

Menerusi video itu, pertengkaran dipercayai berkaitan rasa tidak puas hati antaranya berkaitan tindakan melonggokkan rumput dan sisa tanaman di hadapan rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi seminit 29 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial.

Katanya, video tersebut memaparkan kejadian pergaduhan sehingga mengakibatkan kecederaan.

“Susulan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim telah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara jiran yang mana suspek telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

“Bagaimanapun difahamkan kedua-dua individu terbabit mahu menyelesaikan kes secara baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR