fbpx

Runtuhan batu kuari: Penantian isteri mangsa bakal berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wak Uda (tengah) ketika di tapak kuari di Keramat Pulai, Ipoh semalam.

IPOH – Enam bulan lamanya Wak Uda Bah Kim sabar menanti berita pencarian suaminya, Itam Lasoh, 43, yang disyaki tertimbus runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai di sini, Mac lalu.

Kini penantian ibu kepada empat anak itu bakal berakhir selepas dua buah jengkaut ditemukan bersama rangka tulang manusia di lokasi runtuhan batu berkenaan semalam.

Itam merupakan seorang daripada pekerja kuari yang dipercayai tertimbus runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, 8 Mac lalu.

Turut tertimbus dalam runtuhan itu, Kheow Loo Siew Soon, 49.

Menurut Wak Uda, 41, perasaannya sukar digambarkan apabila diberitahu oleh pihak polis berhubung penemuan terbaharu itu.

Katanya, dia hanya mampu berdoa agar penemuan itu memberi jawapan kepada penantiannya selama ini.

“Saya tidak tahu nak cakap macam mana, tunggulah keputusan (bedah siasat) baru pasti.

“Buat masa ini saya banyak-banyak berdoa dan tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Saya tak mahu fikirkan yang negatif pun. Kita tunggu sahaja keputusan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI