fbpx

Runtuhan batu kuari: Lagi cebisan tulang dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mencari mangsa di tapak kuari di Keramat Pulai, Ipoh hari ini.

IPOH – Beberapa lagi cebisan tulang dipercayai milik mangsa runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai di sini Mac lalu, berjaya dijumpai sebentar tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, tulang tersebut ditemukan berhampiran lokasi kedua bangkai jengkaut dijumpai semalam.

“Seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai hari ini meneruskan kerja-kerja pencarian di lokasi runtuhan batu itu pada pukul 8 pagi.

“Ketika kerja-kerja pencarian dilakukan bersama pihak kuari, kita telah menemui cebisan tulang di lokasi bangkai jengkaut kedua sekitar pukul 12 tengah hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja penggalian bagi melebarkan kawasan carian itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sementara pada pukul 12.45 tengah hari ekoran hujan lebat.

“Cebisan tulang tersebut masih belum dibawa keluar dari lokasi runtuhan. Atas nasihat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), kita terpaksa menangguhkan sementara kerja-kerja pencarian.

“Operasi akan dijalankan semula bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Menerusi laporan media semalam, dua bangkai jengkaut dijumpai di lokasi dua mangsa tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai sejak Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI