fbpx

Pulau Pinang siap siaga hadapi monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (kanan) ketika sidang akhbar di Komtar hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan semua agensi terlibat kini bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persediaan yang dilakukan itu adalah berdasarkan pengalaman kerajaan negeri dan agensi terlibat yang pernah berdepan dengan bencana banjir sebelum ini.

“Beberapa tindakan telah diambil oleh Unit Pengurusan Bencana sebagai persediaan seperti pelantikan Focal Persons Pengurusan Bencana di semua pejabat daerah dan tanah (PDT) dan jabatan serta agensi di negeri Pulau Pinang.

“Tiga kakitangan daripada setiap PDT dilantik sebagai Focal Person Pengurusan Bencana bagi mengeratkan lagi jaringan kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),” katanya dalam sidang akhbar di Komtar, di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, Jabatan Kewangan Negeri (JKN) juga telah meluluskan RM400,000 bagi tujuan pembelian atau perolehan aset serta bekalan pengurusan bencana.

“Peruntukan ini akan diagihkan kepada semua PDT mengikut permohonan dan aset serta perolehan bagi peruntukan khas ini perlu dibuat dalam tahun ini,” katanya.

Beritahunya, kerajaan negeri juga telah menerima sumbangan 4,744 unit C-Tent (khemah) yang mana ia telah diagihkan kepada semua PDT sebagai langkah siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

“Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan tindakan kecemasan (ERT) kampung, komuniti dan lain-lain pertubuhan berkaitan juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Dalam pada itu, Chow Kon Yeow memaklumkan pihaknya telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan pembersihan parit, longkang dan saliran serta sungai-sungai bagi memastikan tiada masalah saliran tersumbat berlaku ketika musim monsun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI