fbpx

Pembantu makmal sekolah cedera terkena asid nitrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hazmat melakukan operasi pembersihan sisa tumpahan kimia di yang tumpah di SMK Sungai Udang, Melaka, hari inI.

MELAKA – Seorang pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang di sini cedera selepas terkena tumpahan bahan kimia jenis asid nitrik, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Shah Dorahim berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.33 pagi.

Katanya, seramai 17 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian kita dapati berlaku tumpahan bahan kimia dipercayai jenis asid nitrik di makmal sains sekolah berukuran 10 kali 15 kaki persegi.

“Terdapat seorang mangsa wanita berumur 37 tahun iaitu pembantu makmal telah terkena bahan kimia tersebut pada kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Udang untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepa pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan bomba telah membuat pengungsian pada bangunan yang terlibat.

“Sehingga pukul 3.30 petang tadi, pasukan Hazmat masih membuat pembersihan sisa tumpahan bahan kimia serta mengenal pasti jenis sebenar bahan kimia yang tumpah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI